Penganjur Tokyo 2020 mengumumkan bahawa peminat dari luar negara tidak akan dibenarkan berkunjung ke Sukan Olimpik tahun ini.

Langkah itu diambil sebagai usaha mengurangkan risiko penularan COVID-19 dalam temasya berkenaan yang ditunda setahun berikutan krisis kesihatan global apabila akan dilangsungkan dari 23 Julai hingga 8 Ogos depan .

Sukan Paralimpik, yang berlangsung dari 24 Ogos hingga 5 September, turut terjejas apabila penonton juga dilarang hadir.

Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) dan Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) telah dimaklumkan mengenai keputusan Tokyo itu dan badan-badan sukan dituntut agar "menghormati dan menerima keputusan ini".

Dalam satu kenyataan di Twitter, Tokyo 2020 mengatakan: "Hari ini, pada 20 Mac, kami melaporkan kepada IOC dan IPC bahawa kami tidak akan menerima penonton dari luar negara ke Jepun demi merealisasikan (aspek) keselamatan dan jaminan terhadap temasya ini.


A post shared by Tokyo 2020 (@tokyo2020)




"Kami akan terus melakukan yang terbaik untuk menjadikan acara musim panas ini sebagai acara yang selamat dan terjamin yang akan menjadi cahaya harapan buat peminat di seluruh dunia."

Dalam kenyataan lebih lanjut, penganjur Tokyo 2020 menjelaskan tiket yang telah dibeli peminat luar juga akan dikembalikan.

Mereka mengatakan bahawa situasi pandemik di dalam dan di luar Jepun "masih sangat mencabar" sambil menekankan bahawa prosedur perjalanan melintasi sempadan adalah sangat ketat, ini beerti tiada jaminan untuk memasuki negera Matahari Terbit itu.