Sukan Olimpik: Andre mahu layak ke Tokyo 2021

Oleh Muzaffar Musa 1 April 2020 63
Sukan Olimpik: Andre mahu layak ke Tokyo 2021
Sejauh mana penangguhan setahun Sukan Olimpik Tokyo akan memberikan kelebihan kepada atlet muda negara seperti jaguh lompat jauh, Andre Anura Anuar, yang perlu melepasi had kelayakan 8.22 meter?

Andre antara puluhan atlet muda negara yang mendapat kelebihan susulan penangguhan temasya berkenaan.

Tempoh 16 bulan ini perlu digunakan dengan sebaik mungkin untuk meningkatkan prestasi selepas mencatatkan 8.02 meter dalam Sukan SEA Filipina tahun lalu.

"Tidak mustahil untuk saya melepasi catatan 8.22 meter.

"Saya yakin saya boleh melakukannya tetapi saya masih belum ada rezeki untuk melepasinya dalam masa yang singkat ini.

"Tahun depan mungkin saya memiliki lebih banyak kejohanan di luar negara, jadi saya dapat mencuba dan berusaha bagi melepasi catatan yang diperlukan itu.

"Dalam masa 16 bulan ini, saya dapat memperbaiki larian dan momentum saya," katanya.

Tentang Penulis

Muzaffar Musa

Komen