Sukan Asia: Kenyataan Azim undang bahaya

Oleh Staff Writer 5 Ogos 2018 491
Sukan Asia: Kenyataan Azim undang bahaya
Pemerhati sukan, Dr Mohamad Faithal Hassan, menyifatkan kenyataan chef-de-mission (CDM) ke Sukan Asia 2018, Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi, untuk menutup Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN) jika Malaysia gagal mencapai sasaran di Indonesia sebagai sesuatu yang akan meruntuhkan semangat atlet kebangsaan.

Azim mencadangkan agar MSN dan ISN ditutup jika ada pihak mahu melupuskan Program Podium sekiranya gagal dalam Sukan Asia 2018.

Sasaran Program Podium adalah menempatkan diri dalam kelompok 10 negara terbaik dan bagi Faithal, kenyataan itu tidak sepatutnya dikeluarkan oleh ketua kontinjen ketika saingan bakal bermula kurang dua minggu lagi.

"Bagi saya, salah satu sebab kenyataan itu dikeluarkan adalah ia diibaratkan telah menekan butang panik. Ia mungkin wujud berdasarkan pencapaian atlet-atlet sebelum ini yang tidak mencapai tahap yang sepatutnya," kata Faithal.

Azim akan mengadakan pertemuan dengan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, di Putrajaya esok untuk membentangkan sasaran pingat kontinjen negara.

Sementara itu, CDM ke Sukan Asia Incheon 2014, Datuk Danyal Balagopal Abdullah, meminta pegawai sukan negara agar memastikan semua atlet bersatu ketika menghadapi pelbagai isu dalam mempersiapkan diri untuk ke Indonesia.

"Biarkannya kepada atlet. Apa yang penting ketika ini adalah semangat kesukanan harus dikekalkan. Moral atlet-atlet sangat penting dan itu sudah mencukupi," ujar Danyal.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen