Masalah kekurangan kemudahan tempat latihan ternyata tidak menjejaskan skuad kabaddi negara untuk memburu kedudukan pingat dalam Sukan Asia bulan depan.

Pencapaian meraih tempat kelima di Incheon, empat tahun lalu, menjadi dorongan utama di sebalik masalah kecederaan yang melanda.

Bagaimanapun, atlet negara, M. Dhinishwaran, optimis pertemuan dengan ketua kontinjen ke Sukan Asia 2018, Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi, akan dapat membantu mereka, khususnya menerusi Majlis Sukan Negara (MSN), bagi menyediakan tempat latihan yang lebih sesuai.

"Untuk saingan dalam Sukan Asia 2018, kami akan cuba yang terbaik untuk membawa pulang pingat gangsa.

"Sebelum ini, kami telah melakukan persiapan dalam tempoh dua hingga tiga bulan. Diharapkan waktu yang singkat ini dapat digunakan dengan sebaik-baiknya," katanya.