Struff sokong pelan bantuan Djokovic

Oleh Ammar Hakim 25 April 2020 4
Struff sokong pelan bantuan Djokovic
Jan-Lennard Struff memberikan sokongan terhadap idea Novak Djokovic untuk memulakan untuk memulakan dana untuk membantu pemain di rangkin rendah ketika penularan wabak koronavirus.

Djokovic mendedahkan awal bulan ini dia telah berbincang dengan Roger Federer dan Rafael Nadal mengenai dana yang berjaya mengumpul sebanyak ASD4.5 juta untuk diberikan kepada pemain-pemain di ranking rendah ketika Jelajah ATP ditangguh sekurang-kurangnya sehingga 13 Julai.

Struff, pemain nombor 34 dunia, menyokong pelan tersebut dan ia amat penting bahawa presiden Majlis Pemain ATP, Djokovic, mengetengahkan idea tersebut.

"Anda perlu melihat kepada dua perkara, saya tidak memiliki sebarang gaji tetapi berjaya bermain dengan baik sejak beberapa tahun yang llau dan berjaya menyimpan wang. Saya berasakan ini adalah satu idea yang baik," kata pemain kelahiran Jerman itu.

"Saya berasakan inisiatif Djokovic ini amat penting sekali. Ia membuktikan dia mahu menjaga pemain-pemain lain."

Wimbledon telah dibatalkan buat pertama kali sejak Perang Dunia II, manakala Terbuka Perancis dianjak ke bulan September.

But Struff, yang melangkah ke pusingan keempat di Roland Garros tahun lalu, mempersoalkan sama ada Terbuka Perancis -- malah Terbuka AS -- perlu diteruskan.

"Saya meragui kedua-dua kejohanan ini akan diadakan. Saya tidak mengetahui berapa lama kawalan pergerakan ini akan diteruskan. Saya berasakan situasi ini amat sukar sekali."

Tedapat 2.8 juta kes di seluruh dunia disahkan positif koronavirus, dengan angka kematian yang mencecah 197,000.

 

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen