STL: Johor Tigris akhiri rentetan kekalahan

Oleh Penulis Jemputan 21 Oktober 2017 1229
STL: Johor Tigris akhiri rentetan kekalahan
Johor Tigris berjaya menamatkan kemarau kemenangan apabila menewaskan ATM Guardians 2-0 dalam saingan Liga Sepak Takraw (STL) yang berlangsung di Stadium Tertutup MPSJ Serdang Jaya, hari ini.

Johor, yang berada di tangga tercorot liga, menyedari mereka memerlukan kemenangan untuk mengelak daripada tersingkir ke divisyen satu musim hadapan.

Justeru, dengan misi mengelak daripada penyingkiran itu, Johor memberikan persembahan terbaik untuk memenangi set pertama 21-17.

Berbekalkan kemenangan set pertama, skuad bimbingan Jamaluddin Hassan itu memperkemaskan lagi permainan mereka dengan mematahkan usaha ATM untuk membawa perlawanan ke set penentuan dengan melakar kemenangan set kedua 21-13.

Sementara itu, Kelantan Warriors merakamkan kemenangan bergaya ke atas Terengganu Turtles, 22-20, 21-19.

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen