Tidak dibandingkan dengan sesiapa, tetapi kontrak jurulatih skuad angkat berat negara, Wang Zhi Quan tidak akan disambung sekaligus memberikan tamparan buat skuad angkat berat negara dalam misi layak ke Sukan Olimpik Tokyo, tahun depan.

"Saya memberikan harapan yang terbaik buat skuad angkat berat Malaysia untuk terus cemerlang pada masa akan datang," itu yang diungkapkan oleh Zhi Quan kepada wartawan Nadi Arena, Bazly Azmi.

Kontrak Zhi Quan akan tamat 31 Disember setelah 12 tahun bersama skuad negara, Ia akan jadi tamparan hebat buat barisan badang negara yang sedang menunggu kelulusan Persekutuan Angkat Berat Antarabangsa (IWF) bagi menyertai kelayakan Sukan Olimpik Tokyo.

"Kami semua sedih atas perkhabaran ini tetapi kami masih belum menunggu keputusan daripada pihak persatuan dan Majlis Sukan Negara (MSN)," kata atlet angkat berat negara, Erry Hidayat.

"Zhi Quan telah bertindak sebagai bapa kepada saya dalam sukan angkat berat, banyak ilmu yang diturunkan kepada saya bagi meningkatkan lagi pretasi ketika bertanding," kata atlet angkat berat negara, Yusof Nandong.

"Beliau telah membuktikan pengalamannya membuahkan hasil dan kami akan mendapatkan penjelasan daripada pihak Persatuan Angkat Berat Malaysia (PABM) mengenai keputusan mereka untuk bertukar jurulatih," kata Pengarah Bahagian Persediaan Atlet Majlis Sukan Negara (MSN), Jefry Ngadirin.