Status ketua jurulatih skuad olahraga negara, Mohd Manshahar Abd Jalil, antara yang akan dibincangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Kejurulatihan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) hari ini.

Status pengendali itu dijangka mencuri tumpuan dalam mesyuarat jawatankuasa berkenaan yang akan dipengerusikan oleh Timbalan Presiden KOM, Datuk Paduka Mumtaz Jaafar.

Sebelum ini, Presiden KOM, Datuk S. M. Muthu, berhasrat menaikkan pangkat Manshahar kepada pengarah teknikal walaupun badan induk itu sudah mempunyai pengendali dari Amerika Syarikat, Dwayne Miller, untuk tugas berkenaan.

Ia susulan kejayaan pengendali itu mencapai sasaran lima pingat emas dalam Sukan SEA Filipina yang berakhir minggu lalu.

Selain itu, cadangan Muthu itu juga diutarakan selepas Manshahar berjaya mengemudi atlet lompat tinggi, Lee Hup Wei, muncul atlet pertama layak ke final Kejohanan Dunia.

Ikuti butiran lanjut dalam Nadi Arena edisi jam 7.30 dan 11.00 malam ini.