Spieth bermula baik di Las Vegas

Oleh Penulis Jemputan 2 November 2018 10
Spieth bermula baik di Las Vegas
Jordan Speith memaparkan permulaan baik dalam Kejohanan Terbuka Hospital Shriners Untuk Kanak-Kanak dengan Peter Uihlein muncul pendahulu dalam saingan yang berlangsung semalam.

Spieth memulakan jelajah PGA musim ini menerusi catatan lima bawah par 66 pukulan dalam pusingan pembukaan yang berlangsung di Las Vegas.

Juara tiga kali kejohanan utama Amerika Syarikat itu berkongsi kedudukan kelima ketika aksi pusingan pertama di TPC Summerlin yang turut ditangguhkan ekoran cuaca gelap.

Spieth yang berkemungkinan menamatkan tahun ini tanpa sebarang kemenangan -- (kali pertama sejak 2012 --  melakukan tujuh birdie dan dua bogey.

Uihlein muncul pendahulu dengan kelebihan satu pukulan selepas melakukan lapan bawah par 63 pukulan dalam pusingan pertama.

Dia satu pukulan di hadapan Seth Reeves yang turut menamatkan kejohanan Sanderson Farm dalam kelompok 10 terbaik sebelum ini.

Juara bertahan, Patrick Cantlay, juga bermula baik dengan melakukan 69 manakala pemain nombor sembilan dunia, Rickie Fowler, kembali dengan 68.

Seramai 20 pemain berjaya menamatkan pusingan pertama sebelum aksi ditangguhkan.

Chris Stroud menjadi tumpuan selepas melakukan pukulan 'hole-in-one' pada lubang ke-14.
 

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen