Sekolah Sukan Negeri (SSN) SMK Gunung Rapat menguasai kejohanan Hoki Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Perak (MSSPK) 2018 yang berakhir semalam.

Dalam kejohanan lima hari yang dijalankan mengikut format sembilan sebelah di padang sekolah itu, SMK Gunung Rapat muncul juara kategori lelaki dan perempuan kategori bawah 16 tahun.

Malah, sekolah itu menyapu bersih kategori perempuan B-16 dengan menduduki tiga kedudukan teratas.

Dalam kategori lelaki, SMK Gunung Rapat menumpaskan Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) Blue 1-0.

Manjung menduduki tempat ktiga selepas mengatasi Batang Padang (BADANG) 3-2.

Dalam kategori perempuan b-16, Gunung Rapat ( GR) One, Three dan Two muncul juara, naib juara dan pemenang tempat ketiga.

GR One menumpaskan GR Three 2-0 untuk muncul juara manakala GR Two mengatasi SMK Dr Burhanudin 2-0.

Hilir Perak ( HIPER Y) muncul juara kategori lelaki b-11 manakala BADANG B naib juara dan SK Titi Serong ketiga.

BADANG A, Puteri Sejambu dan SK Sungai Burung masing-masing muncul juara, naib juara dan ketiga kategori perempuan b-11.