Franco Smith telah dilantik selaku ketua jurulatih skuad ragbi Itali selepas mengemudi The Azzurri ketika saingan Enam Negara 2020.

Smith mengambil alih jawatan itu secara sementara pada November lalu selepas Conor O'Shea berundur setelah tamat Piala Dunia Ragbi.

Bekas pemain Springbok itu mengemudi pasukan ketika Persekutuan Ragbi Itali (FIR) mencari nama sesuai untuk lantikan secara tetap bermula 1 Julai nanti.

Namun, Smith -- yang mengalami tiga kekalahan dalam saingan Enam Negara sebelum kejuaraan itu ditangguhkan akibat wabak coronavirus -- telah mendapatkan jawatan tetap itu selepas mesyuarat dewan persekutuan FIR.

Jurulatih berusia 47 tahun itu akan meneruskan tugas sambil dibantu pasukan kejurulatihan yang turut dibarisi Giampiero De Carli dan Marius Goosen.

Kontrak Smith akan berjalan sehingga Piala Dunia 2023 di Perancis.