Skuasy: Pilihan utama Kejohanan Kebangsaan tepati ramalan 

Oleh Shaiful Shamsudin 8 Oktober 2020 81
 Skuasy: Pilihan utama Kejohanan Kebangsaan tepati ramalan 
Pemain-pemain pilihan Kejohanan Skuasy Kebangsaan mara ke suku akhir dengan mudah walaupun masih mencari rentak permainan masing-masing.

Pemain lelaki negara, Ivan Yuen, berkongsi kepada wartawan Astro Arena, Muiz Aziz, kejayaan meraih kemenangan 11-8,11-6,11-2.

Itu reaksi Ivan apabila mempamerkan aksi yang kemas untuk mengatasi Daryl Gan dalam pusingan kedua hari ini. 

"Ini aksi pertama kami sejak Mac lalu jadi perlahan-lahan cuba dapatkan rentak kejohanan. 

"Daryl mempamerkan peningkatan pada tahun ini jadi ia satu perlawanan yang bagus," katanya di Pusat Skuasy Nasional, Bukit Jalil. 

Ivan bakal berdepan Muhammad Asyraf Azhan di peringkat suku akhir esok. 

Sementara itu, kategori wanita menyaksikan pilihan ketiga dan keempat kejohanan, Aifa Azman dan Rachel Arnold, melangkah ke suku akhir petang tadi.




Pusingan pertama menyajikan aksi agresif daripada Aifa untuk mengawal pertarungan apabila meraih kemenangan mudah 11-1, 11-3,11-9.

"Saya agak goyah dalam set pertama tetapi berdepan pemain pelapis jadi saya boleh mengawal kegemuruhan. 

"Daripada situasi itu saya mengambil kesempatan ke atasnya," kata Aifa. 
 

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen