Skuasy: Kejayaan di Bangkok bukti potensi skuad pelapis

Oleh Staff Writer 25 Februari 2020 89
Skuasy: Kejayaan di Bangkok bukti potensi skuad pelapis
Kejayaan Malaysia mendominasi Kejohanan Skuasy Piala SEA di Bangkok kelmarin menjadi bukti bahawa skuad pelapis negara mempunyai kualiti untuk mencabar Kejohanan Remaja Asia dan Kejohanan Remaja Dunia musim ini.

Kejohanan di Bangkok itu merupakan platform untuk menguji kemampuan bakat muda negara.

Antara yang mencuri tumpuan dalam edisi ini ialah Aira Azman, 15, yang mengetuai kemenangan Malaysia menewaskan skuad senior Filipina 3-1 dalam final acara berpasukan.

Terdahulu, Aira turut membawa pulang gelaran individu wanita manakala seorang lagi pemain negara, Duncan Lee, mengungguli acara lelaki.

"Ia merupakan pendedahan buat pemain remaja kerana mereka akan dipilih untuk mewakili skuad senior," kata ketua jurulatih skuad negara, Ajaz Azmat.

"Pendedahan ini amat baik buat mereka.

"Dan apabila mereka memenangi kejohanan ini, ia memberikan mereka lebih keyakinan.

"Kesemua mereka bermain dengan amat baik dan menewaskan pilihan utama.

"Ia membuktikan bahawa kami memiliki skuad pelapis yang baik," katanya.  

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen