Skuad ping pong resah tanpa Lee Wei

Oleh Penulis Jemputan 2 Oktober 2018 116
Skuad ping pong resah tanpa Lee Wei
Rasa gelisah berkelana ke Buenos Aires untuk Sukan Olimpik Remaja tanpa kelibat ketua jurulatih, Beh Lee Wei, masih membelenggu skuad ping pong negara.

Ketiadaan Lee Wei diketahui pemain dua minggu sebelumnya, namun ia tidak mampu meredakan gelisah biarpun tempatnya diganti jurulatih dari Sarawak, Chua Yeo Fong.

Ia paling ketara buat pemain negara, Alice Chang, yang bakal membuat penampilan pertama dalam temasya besar itu biarpun dia juga bukan asing dengan sentuhan Yeo Fong.

"Saya rasakan ia sudah cukup. (Chong) Javen juga pasti akan rasakan yang sama. Namun, saya rasakan kami masih mampu buat yang terbaik. 

"Di sini, kami turut berlatih dengan atlit kebangsaan yang lain. Jurulatih kami turut memberikan bantuan," ujar Alice berkenaan ketiadaan jurulatihnya.

Lee Wei akur dengan keputusan ditentukan Persatuan Ping Pong Malaysia (TTAM), namun percaya anak didiknya tidak terjejas dengan isu itu dan akan cuba untuk mara sejauh mungkin dalam temasya itu nanti.

Selain Alice, skuad pingpong negara turut dibarisi Chong Javen. 

"Sasaran saya adalah untuk membantu mereka layak tetapi di sana, walaupun dengan jurulatih yang lain, saya harapkan mereka dapat memberikan aksi terbaik," kata Lee Wei kepada Nadi Arena.

Mereka akan berlepas esok bersama 18 lagi atlet yang membentuk keseluruhan kontinjen Malaysia.
 

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen