Atlet Sabah membawa pulang empat pingat emas daripada Kejohanan Festival Kombat Karate 2017 di Pulau Pinang, kelmarin.

Pasukan yang dihantar Persatuan Karate Sabah (SKA) itu berjaya memenangi emas menerusi Nur Rasyiqah Fari'ah (kata individu perempuan 7-9 tahun), Mohd Irfan Shah (kata individu lelaki 7-9 tahun), Tang Xiang Zong (kata individu lelaki 10-11 tahun) dan Muhammad Rafiuddin Faiz (kumite lelaki 14-15 tahun +70kg).

Selain itu, SKA turut berjaya merangkul satu pingat perak menerusi Brandon Zimito (kata individu lelaki 14-15 tahun) dan satu pingat perak yang dimenangi Shahadad (kata Individu lelaki 12-13 tahun).

Dengan pingat yang dimenangi itu, SKA mengakhiri kejohanan di kedudukan ketiga di belakang Goshin Ryu (11 emas, lapan gangsa) manakala PDRM A di kedudukan kedua (lima emas, enam perak, dan 12 gangsa).

Sebanyak 19 pasukan dari seluruh negara menyertai kejohanan yang berlangsung di Dewan Sekolah Shang Wu itu.