Sivasangari tetap buru kedudukan 40 terbaik 

Oleh Penulis Jemputan 1 Disember 2017 76
Sivasangari tetap buru kedudukan 40 terbaik 
Pemain skuasy wanita negara, S. Sivasangari, menganggap peluang untuk meletakkan dirinya dalam kelompok 40 terbaik dunia masih lagi bernyala selepas rankingnya jatuh ke tangga 54 dunia, bulan lalu. 

Sivasangari, yang sebelum ini berada di ranking ke-47, bertekad untuk menembusi kelompok 40 terbaik dunia Persatuan Skuasy Profesional (PSA) tahun ini. 

Terbaru, dia gagal merangkul gelaran dalam Terbuka Australia yang berlangsung pada 14 November lalu dan kini dalam persiapan ke Kejohanan Antarabangsa CAS di Islamabad, Pakistan, bermula 17 Disember ini sebelum ke Terbuka Remaja British bulan depan. 

Kejohanan itu mampu melonjakkan rankingnya meskipun sedar saingan di Pakistan nanti bukanlah mudah. 

"Saya berharap ranking saya akan melonjak semula dan kejohanan di Pakistan bukannya mudah berikutan menawarkan hadiah bernilai USD24,000 (RM981,480).

"Saya harap dapat mempamerkan rentak terbaik," katanya. 

Juara Terbuka Malaysia itu turut menganggap fokusnya ke Sukan Komanwel dan Sukan Asia tahun depan juga tidak lagi akan terganggu selepas dia menamatkan pengajian A-Level, Ogos lalu. 

"Bergelar atlet sepenuh masa menjadikan saya lebih bermotivasi," ujarnya.

 

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen