Pemain boling tenpin negara, Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman, berazam untuk menjadi harapan utama skuad kebangsaan dalam kejohanan sepanjang tahun ini selepas muncul pemain wanita terbaik negara dalam Sukan SEA Filipina bulan lalu.

Pemain yang pernah meraih dua gelaran dunia itu bertekad untuk mempamerkan prestasi terbaiknya bagi mengekalkan status sebagai sandaran utama negara.

Mengakui terkilan apabila gagal menyumbangkan sebarang pingat emas dalam temasya dwitahunan itu, dia tetap berpuas hati dengan pencapaian tiga perak dan mahu memperbaiki persembahannya tahun ini.

"Fokus saya adalah untuk membuat yang terbaik dan terpilih dalam dua kejohanan utama.

"Sebelum itu, mereka akan melihat prestasi anda dalam beberapa kejohanan.

"Jika bagus, barulah anda akan terpilih," katanya.

Tambahnya, cabaran terbesar yang perlu dihadapinya adalah Kejohanan Jelajah Wanita, yang akan berlangsung pada bulan Ramadan, namun kekal optimis untuk mengharunginya dengan prestasi terbaik

"Kami ada kejohanan Jelajah Profesional pada April depan.

"Jadi, ia masih dalam bulan puasa.

"Susah sedikit sebab waktunya (berpuasa) agak panjang.

"Mungkin kami perlu berpuasa hingga 19 jam," tambahnya.



Editor: Muzaffar Musa