Selepas meraih pingat perak bersama Leong Mun Yee dalam acara 10 meter platform seirama wanita, ratu terjun negara, Pandelela Rinong, meraih satu lagi pingat gangsa dalam acara 10m platform individu wanita Siri Terjun Dunia FINA di Montreal, Kanada hari ini.

Pandelela, bagaimanapun, bermula perlahan apabila sekadar menempatkan diri di tangga kelima dalam terjunan pertama.

Penerjun berusia 27 tahun itu mula mempamerkan prestasi terbaiknya dalam terjunan kedua dan ketiga untuk melonjak satu anak tangga.

Dua terjunan terakhir pula menyaksikan dia memperoleh mata yang sederhana, namun kesilapan yang dilakukan peserta lain membolehkan Pandelela menamatkan saingan di tempat ketiga dengan 337.55 mata.

Emas milik wakil tuan rumah, Meaghan Benfeito dengan 355.10 mata manakala penerjun Russia (347.40) muncul penerjun kedua terbaik.