Silat: Kejuaraan Dunia ditunda ke tahun depan

Oleh Bernama 8 Jun 2020 28
Silat: Kejuaraan Dunia ditunda ke tahun depan
Kejuaraan Pencak Silat Dunia Ke-20 yang sepatutnya berlangsung di Kuching, Sarawak pada Ogos depan terpaksa ditunda ke tahun depan, kata Pemangku Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA), Datuk Md Sohaimi Mohamed Shah.

Beliau berkata penangguhan itu tidak dapat dielakkan mengambil kira situasi pandemik Covid-19 di seluruh dunia yang masih belum berakhir. 

"Delegasi PESAKA akan ke Sarawak dalam masa terdekat untuk berbincang mengenai tarikh baru (kejuaraan) selain mendapatkan pandangan pihak berkaitan dalam isu keselamatan dan kesihatan semasa penganjurannya nanti,” katanya.

Beliau berkata berdasarkan perancangan awal, lebih 1,000 atlet dan pegawai daripada 70 negara akan mengambil bahagian dalam kejuaraan tersebut. 

Semalam, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengumumkan perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP) bermula 10 Jun hingga 31 Ogos depan, menggantikan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) yang akan berakhir Selasa ini. 

Bagi tempoh PKPP itu, aktiviti sukan yang melibatkan sentuhan badan masih tidak dibenarkan.

-- BERNAMA 

Tentang Penulis

Bernama

Komen