Shu Wai setuju juara Sukma hadapi Sukan SEA 2021

Oleh Penulis Jemputan 17 Disember 2019 194
Shu Wai setuju juara Sukma hadapi Sukan SEA 2021
Jurulatih gimnastik artistik wanita negara, Ng Shu Wai, menyambut baik cadangan menghantar pemenang pingat emas Sukan Malaysia (Sukma) untuk menghadapi Sukan SEA Vietnam 2021.

Buat masa ini, Shu Wai sudah memulakan perencanaan program baru bagi peningkatan prestasi anak buah kendaliannya bagi tahun depan meskipun berpuas hati dengan persembahan mereka dalam Sukan SEA Filipina 2019.

Baginya, cadangan mengutamakan pemenang Sukma mewakili negara ke Sukan SEA akan menjadi pendedahan terbaik bagi atlet muda negara memandangkan Malaysia mempunyai pelapis yang baik. 

"Malaysia memiliki barisan atlet pelapis yang berkualiti dan berharap mereka mampu mengikut langkah yang sama seperti atlet senior lain untuk beraksi dalam Sukan SEA 2021 nanti," katanya.

Sementara itu, Shu Wai masih berharap bakal ada satu lagi atlet negara yang mampu mengisi slot ke Sukan Olimpik 2020 melalui Kejohanan Asia yang akan berlangsung di Tokyo. 

"Sukan Olimpik adalah saingan yang penting dan memiliki peluang untuk membawa seorang lagi atlet ke Tokyo dan berharap dalam kejohanan akan datang, mereka mampu merebut peluang untuk beraksi dalam temasya berprestij itu."
 

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen