Ketua jurulatih gimnastik artistik wanita negara, Ng Shu Wai, sudah mula merencana program baru bagi meningkatkan prestasi anak buahnya bagi musim depan meskipun berpuas hati dengan persembahan dalam Sukan SEA Filipina.

Dalam pertemuan wartawan Nadi Arena dengan jurulatih itu di Institut Sukan Negara (ISN), Shu Wai jelas berpuas hati dengan persembahan anak buahnya di Filipina tetapi menegaskan ketika ini semua atlet diberikan tempoh rehat selepas melalui musim yang panjang.

"Prestasi mereka dalam Sukan SEA sangat bagus. Kami telah meraih emas terbanyak. Persiapan kami banyak masalah tetapi ISN telah memberi kerjasama yang baik," katanya.

"Kami mahu atlet rehat selepas mengharungi banyak kejohanan musim ini. Selepas itu baru berbincang mengenai program selanjutnya."