Buat julung kali sukan tempur, karate dipertandingkan dalam Sukan Olimpik Tokyo, altet negara, R. Shamendran, mendedahkan dia sanggup berkorban menangguhkan pembedahan kedua lutut kanannya.

Risiko itu diambil demi menjadi wakil Malaysia pertama daripada skuad karate memandangkan edisi 2024, di Paris acara tersebut tidak disenaraikan.

Sharmendran mengalami kecederaan di bahagian lutut selepas beraksi dalam Sukan Asia Indonesia 2018.

Namun, atlet berusia 28 tahun itu telah menjalani pembedahan pertama Mac tahun lalu dan perlu melakukannya sekali lagi demi memastikan dia pulih sepenuhnya.

Keputusan tersebut diambil selepas dia layak beraksi di saingan kelayakan Olimpik yang telahpun ditunda Mei depan.

"Buat masa ini, saya masih belum pulih sepenuhnya. Kita akan melihat perkembangan dengan proses pemulihan lutut ini. Saya masih dapat berasakan kesakitan dan terdapat beberapa langkah yang tidak kerana ia melibatkan sendi di bahagian lutut," kata Sharmendran.

Mengenai keputusan untuk melengahkan pembedahan lutut kedua, Sharmendran berkata, "Karate di Olimpik hanya akan tiba sekali sahaja. Jika saya melihat pembedahan lutut adalah perkara yang lebih penting, saya akan terlepas peluang untuk layak ke Olimpik. Tidak mengira layak atau sebaliknya, saya mahu memastikan dapat membuat persiapan dengan sebaik mungkin."

Katanya lagi, "Kecergasan daripada segi fizikal, saya berasakan berada di tahap terbaik namun daripada segi simulasi pertandingan, masih lagi ketinggalan kerana masa untuk latihan dengan rakan sepelatih yang lebih banyak selepas ini."