Jurulatih lompat jauh para negara, Shahrul Amri Suhaimi, menyifatkan anak didiknya, Abdul Latif Romly, masih belum mencapai tahap terbaik selepas kejayaan dalam Sukan Paralimpik Rio 2016.

Shahrul Amri menganggap sasaran 7.80 meter buat Latif adalah sesuatu yang sukar tapi tidak mustahil.

“Fokus untuknya melayakkan diri ke Sukan Asia memang tinggi tetapi apa sahaja boleh berlaku. Kami mahukan semangat untuk tahun depan,” katanya.

2017 jelas bukan tahun yang cemerlang buat Latif, namun bagi atlet itu, dia perlu memburu catatan baru 7.80 meter untuk memastikan kelayakannya beraksi dalam Sukan Asia 2018.

Latif juga menegaskan dirinya bersedia untuk menyahut cabaran bagi menjadikannya lebih matang dan dalam masa sama mahu mengelak sebarang kesilapan yang mampu memberikan kerugian untuknya dan juga negara.

“Jauh agak jauh dan apa yang perlu saya lakukan adalah mendapatkan teknik yang betul.

“Jika berjaya menemui teknik yang betul dan dapat menjauhkan diri daripada sebarang kecederaan, saya yakin mampu melakukannya,” ujar Latif.