Shahir Ashraf fokus program akar umbi ragbi 

Oleh Shaiful Shamsudin 4 Ogos 2020 37
 Shahir Ashraf fokus program akar umbi ragbi 
Bekas kapten ragbi negara, Shahir Ashraf Rosdi, menasihati anak didiknya agar 'sediakan payung sebelum hujan' dalam merintis karier di pentas antarabangsa.

Shahir, yang kini memainkan peranan sebagai jurulatih bawah 18 tahun negara, menyeru pemain-pemain yang sedang membina karier agar tidak mengabaikan aspek di luar jangkaan. 

"Sebenarnya saya sudah merancang untuk peralihan karier ini dari awal lagi. 

"Ketika berada dalam divisyen dua (Kejohanan Ragbi Asia) sebelum naik ke divisyen satu , saya mula memikirkan untuk berlatih daripada pemain kepada jurulatih. 

"Ketika itu saya mengajar di sebuah sekolah swasta dan sekarang saya menyertai program pembangunan ragbi di bawah Majlis Sukan Negara (MSN) dan Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) secara sepenuhnya masa.

"Kami memberi fokus kepada program akar umbi dengan tahap yang lebih elit supaya dapat memudahkan pembentukan skuad 7's negara mahupun pasukan senior dan mereka pergi dengan lebih jauh," katanya dalam perkongsian bersama wakil Nadi Arena, Irfan Ali. 

Tambahnya lagi: "Ragbi mungkin bukan sukan utama di negara ini,  tidak seperti bola sepak yang bertaraf profesional. 

"Pemain-pemain terutama yang masih menuntut di pengajian tinggi perlu pastikan matlamat mereka adalah jelas dan tahu apa yang perlu dilakukan selepas bersara."
 

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen