Serdang Angels laung keyakinan pertahan gelaran juara

Oleh Staff Writer 1 November 2016 9
Serdang Angels laung keyakinan pertahan gelaran juara
Pasukan Ragbi Serdang Angels, Universiti Putra Malaysa (UPM), melaungkan keyakinan untuk mempertahankan gelaran juara, sekaligus memburu kejuaraan hatrik dalam Kejohanan Ragbi Super Eight Institusi Pengajian Tinggi (IPT) 2016.

Kejohanan yang pertama kali diadakan pada 2014 itu, telah berjaya melahirkan pemain ragbi peringkat IPT di tahap tertinggi sehingga mampu mewakili negara.

Salah satunya adalah skuad Serdang Angels selaku juara bertahan yang hampir separuh daripada barisan pemain merekabakal mewakili Malaysia di pentas Sukan SEA 2017.

Sudah pasti untuk edisi kali ini, kehadiran pemain baru di dalam pasukan turut memainkan peranan penting bagi mereka menampilkan aksi yang lebih hebat pada 14 November nanti.

"Walaupun 11 pemain UPM kini dipilih untuk mewakili negara, kami masih mempunyai sebilangan pemain yang boleh mempertahankan pencapaian cemerlang kami pada tahun lalu," jelas Pengerusi Pelaksana Pusat Kecemerlangan Sukan Ragbi UPM, Dr Saidon Amri.

Kapten pasukan Serdang Angels, Muhd Nur Ikqwan, menyifatkan tiada masalah dalam mencari keserasian di antara pemain senior dan baru selain percaya skuadnya kali ini lebih kuat berbanding tahun lalu.

"Kami telah lama berkumpul, jadi kami telah mengetahui corak permainan masing-masing. 

"Bagaimana untuk beraksi, bagaimana untuk berlawan dengan pihak lawan yang mempunyai pertahanan yang kental untuk menewaskan pihak lawan tersebut.

"Persefahaman yang ada di antara kami boleh dikatakan seperti ikatan adik beradik," ujar Ikqwan.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen