Seperti hilang nyawa -- Rachel

Oleh Ammar Hakim 27 Jun 2020 62
Seperti hilang nyawa -- Rachel
Mencari prestasi sebenar pasca-Covid-19 bukan tugas mudah sekalipun buat seorang atlet berstatus elit, atlet skuasy wanita negara, Rachel Arnold, menegaskan betapa sukar menyesuaikan diri dengan sesi latihan sehingga rasa seperti hilang nyawa.

Rachel antara kelompok pemain pertama skuad skuasy kebangsaan yang memulakan latihan pasca-Covid-19  berbentuk sesi solo sejak 15 Jun lalu.

Berdasarkan perancangan Persatuan Raket Skuasy Malaysia (SRAM), sesi dua pemain dalam satu gelanggang bermula minggu kedua ini adalah permulaan kepada latihan kontak penuh tidak lama lagi.

"Ia agak sukar. Saya dapat berasakan kepenatan walaupun melewati separuh waktu latihan," kata Rachel.

"Latihan secara solo memberikan peluang untuk kami memperbaiki pergerakan dan latihan kontak penuh akan dimulakan semula bermula minggu hadapan."

Sungguhpun teruja memikirkan nikmat latihan kontak penuh, tetap ada kegusaran membabitkan aspek kesihatan ketika dunia masih belum sembuh sepenuhnya daripada Covid-19.

"Kami harus berwaspada dengan situasi yang perlu dihadapi dan jika setiap langkah dipatuhi, segalanya akan berjalan dengan baik."

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen