Ryan Lochte kembali mempamerkan aksi cemerlang dengan mencatat rekod baru dalam kejohanan pertamanya selepas digantung 10 bulan.

Lochte memenangi acara 200 meter rampaian individu dalam Kejohanan Renang Terbuka Amerika Syarikat di East Meadow, New York., dengan catatan terbaru 1:59.24s.

"Tidak kira apa sekalipun catatan yang telah dilakukan, saya mengetahui mampu memberikan yang lebih baik," kata Lochte.

"Saya menyedari bahawa saya gagal untuk mencatatkan masa yang lebih pantas kerana tidak turun berlatih dengan lebih kerap pada tahun ini. Saya mengutamakan keluarga saya dahulu."

Lochte bersaing buat pertama kali sejak digantung selama 10 bulan kerana menipu ketika membuat laporan kepada pegawai polis di Brazil ketika Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro.

Dia dan tiga lagi perenang memberitahu polis bahawa mereka telah dirompak tetapi kemudian mengakui melakukan gejala vandalisme di stesen minyak berkenaan.

Perenang berusia 33 tahun itu masih berharap untuk bersaing dalam Sukan Olimpik 2020 di Tokyo.