Semua pihak hadapi situasi sama -- Natalya

Oleh Staff Writer 18 Oktober 2016 16
Semua pihak hadapi situasi sama -- Natalya
Skuad gimnastik negara tidak terkesan dengan perubahan peraturan yang bakal dilaksanakan Persekutuan Gimnastik Antarabangsa (FIG) pada tahun hadapan.

Bagi jurulatih negara, Natalya Sinkova, beliau tidak berasakan perkara itu sesuatu yang perlu dibimbangkan kerana semua negara menghadapi masalah yang sama.

Daripada memikirkan peraturan baru yang bakal dilaksanakan nanti, Natalya lebih mementingkan persediaan barisan atletnya dengan perubahan itu dalam mempersiapkan diri untuk Sukan SEA Kuala Lumpur tahun depan.

“Berkenaan peraturan, semua pihak akan kehilangan mata. 0.4 atau 0.5 ia tidak menjejaskan mana-mana negara. Kami perlu bermula dari bawah. Jadi, semua pihak menghadapi keadaan yang sama dan tiada apa bagi kami,” kata Natalya.

Selepas berakhirnya Sukan Olimpik Rio pada Ogos lalu, FIG bakal mengubah beberapa peraturan untuk penilaian pemarkahan, antaranya jenis rutin persembahan, teknik pendaratan dan juga darjah kesukaran.

Dalam pada itu, Natalya turut optimis Malaysia mampu mengulangi pencapaian lima emas di Singapura tahun lalu, memandangkan dia kini mendapat khidmat bekas atlet kebangsaan, Ng Shu Wai, yang bertindak selaku jurulatih bersama.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen