Semangat Sharifah belum luntur

Oleh Staff Writer 17 Julai 2020 180
Semangat Sharifah belum luntur
Kisah Sharifah Inani Najwa Syed Anuar dan angkat berat masih belum ternoktah selagi dia belum menggenggam pingat di Sukan Komanwel.

Bagi bekas atlet berusia 29 tahun itu, faktor kemarahan atau dendam bukan perkara yang mendorong misinya untuk ke Birmingham 2022.

Sharifah yang disingkirkan daripada program kebangsaan sejak tahun 2015 berkongsi misi peribadinya untuk kembali ke pentas Sukan Komanwel selepas kali terakhir penampilannya di Gold Coast 2018.

"Angkat berat bukan tempat untuk melepaskan kemarahan. Bagi saya, ia perlu tenang dan jangan membuat kesilapan," kata atlet angkat berat kebangsaan itu kepada Nadi Arena.

"Saya tidak akan menyalahkan orang lain walaupun sudah tiga edisi Sukan Komanwel yang telah saya sertai tetapi saya masih tidak dapat apa yang saya inginkan. Jadi saya akan menilai apa kesalahan yang telah dilakukan, bukan orang lain.

"Setelah berumah tanggan, memang mahu menimang cahaya mata tetapi masih belum ada rezeki ketika ini. 

"Saya akan mendahulukan yang mana tiba dahulu. Sekiranya, tiba masa untuk saya bergelar ibu, saya akan mengetepikan Sukan Komanwel buat sementara waktu.

Ditanya akan kembali berusaha untuk mewakili negara selepas bersalin, "Ya, saya akan kembali sekiranya saya masih mempunyai tenaga dan masih mengatasi orang lain untuk menjadi orang nombor satu Malaysia lagi. Umur bukan penghalang."

Sekalipun luaran Sharifah menampakkan kekuatan yang luar biasa namun ada satu masa, di mana dia diuji hebat dengan penyingkarannya daripada program kebangsaan pada 2015.

Suaminya, Hafizan Ahmad Zani, yang telah memberi kekuatan kepadanya untuk bangkit dan  semangat sampai ke saat ini.

"Saya sangat bertuah kerana jumpa suami saya kerana dia yang sentiasa memberi motivasi kepada saya," katanya lagi.

"Suami saya yang memberi cadangan kepada saya untuk keluar daripada apa yang saya lakukan dahulu dan mencuba sesuatu yang baru seperti menjadi pelatih peribadi.

"Angkat berat ini sudah sebati dengan saya. Dulu saya atlet dan kiri saya mengajar orang jadi benda ini tidak akan habis. Sampai bila-bila saya akan mengajar orang."

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen