Saya mahu perbaiki segalanya -- Nadal sasar juarai Masters Paris

Oleh Ammar Hakim 6 November 2020 55
Saya mahu perbaiki segalanya -- Nadal sasar juarai Masters Paris
Rafael Nadal menegaskan dia tidak akan berhenti berusaha memperbaiki permainannya ketika memberikan amaran tegas lawan dalam suku akhir Masters Paris, Pablo Carreno Busta. 

Sehari sebelum menewaskan Feliciano Lopez untuk kemenangan ke-1,000 dalam saingan Jelajah ATP, Nadal mengatasi Jordan Thompson dalam straight set semalam.

Pemain tenis kelahiran Sepanyol itu sekadar kehilangan 12 mata ketika melakukans ervis dalam pertembungan perama dengan pemain ke-61 dunia, Thompson.

Namun di sebalik persembahan yang mengagumkan di Bercy, Nadal percaya dia masih perlu mempertingkatkan mutu permainan jika ingin mengatasi rakan senegara, Busta, yang menewaskan Norbert Gombos 7-5 6-2.

"Saya mahu memperbaiki segalanya, selalu," kata pemain nombor dua dunia itu yang menang 6-1, 7-6 (7-3). "Tetapi itulah kerja setiap hari, bukan? Cuba memperbaiki perkara yang saya berasakan dapat melakukannya dengan lebih baik, dan mempertahankan perkara yang saya lakukan dengan baik, bukankah begitu?

"Oleh itu, saya fikir saya tidak melakukan banyak perkara yang kurang baik. Saya hampir tidak bermain dalam gelanggang tertutup selama hampir setahun, dan merupakan sebahagian daripada proses tentu saja. Saya perlu ke hadapan. Saya rasa perlawanan seperti ini dapat membantu. Perlawanan semalam, hari ini, esok adalah peluang bagi saya.

"Saya perlu bersedia untuk bermain yang terbaik menentang lawan yang saya tahu bermain dengan baik dan yakin. Saya berharap akan bersedia untuk bermain permainan saya dan membaca perlawanan dengan baik, kerana itulah yang saya perlukan."
 

 

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen