Saya bukan 'Iron Man' -- Reezal Merican

Oleh Ammar Hakim 11 Mac 2020 4889
Saya bukan 'Iron Man' -- Reezal Merican
Itu tanggapan pertama Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican selaku Menteri Belia dan Sukan baru sebaik melapor diri pada hari pertama di Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

"Saya tidak boleh menjadi 'Iron Man', tetapi saya akan menjadi seorang yang memberikan keseimbangan kepada Sukan dan Belia," kata Reezal.

Reezal bakal memangku cabaran yang berat dalam usaha memastikan beberapa permasalahan dalam arena sukan tempatan dapat diselesaikan.




Antara tumpuannya dalam tempoh yang singkat tersebut adalah menjayakan Program Road To Tokyo (RTT) yang menjadi tumpuan seluruh peminat sukan tanah air dalam peburuan emas pertama di peringkat Sukan Olimpik.

"Ini merupakan hari pertama, saya tidak boleh merencanakan lagi apa yang bakal berlaku dalam tempoh tiga tahun akan datang, saya akan melihat kepada perancangan yang telah diusahakan oleh pihak Majlis Sukan Negara (MSN) dan menjadikan Sukan Olimpik Tokyo 2020 sebagai langkah pertama," katanya lagi.

 

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen