Satu lagi kes doping terbaru dikesan

Oleh Penulis Jemputan 27 Disember 2017 945
Satu lagi kes doping terbaru dikesan
Satu lagi kes doping terbaru dikesan membabitkan pelumba basikal Angkatan Tentera Malaysia ketika perlumbaan Jelajah Selangor yang berlangsung Oktober lalu. 

Perkara itu disahkan Setiausaha Persatuan Lumba Basikal Selangor (PLBS), Amron Misnoh, hari ini, sekaligus merekodkan kes kelima buat atlet Malaysia sepanjang 2017.

Menurut Amron, keputusan positif ujian doping itu sudah dimaklumkan kepada atlet serta persatuan terbabit.

"Pelumba daripada pasukan ATM telah disahkan positif doping dan berkemungkinan menghadapi penggantungan selama empat tahun," katanya.

Tahun ini saja, sukan negara sudah digemparkan dengan kes doping positif membabitkan tiga atlet berprofil tinggi, iatu penerjun negara, Wendy Ng Yan Yee, atlet angkat berat, Hafifi Mansor, dan penjaga gol hoki kebangsaan, S. Kumar. 

Ketiga-tiga sampel mereka dikesan mengandungi dadah jenis sibutramine manakala satu lagi kes membabitkan seorang atlet muay thai diuji positif bagi bahan terlarang, diuretics.

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen