Tuan rumah, Sandakan, mengutip dua daripada empat pingat emas yang dipertandingkan dalam acara boling padang Sukan Sabah (SAGA) di Kompleks Sukan Sandakan hari ini.

Emas pertama Sandakan diperoleh menerusi barisan peserta mereka, Mohd Izzudin Jufri, Mohd Nazrien Hasri, Afizul Akhmal Akhimie dan Mohd Nazrul Hasri bagi kategori empat sepasukan lelaki.

Nurnajmi Jannah Jali dan Nurariqah Alham kemudian menceriakan kem Sandakan dengan emas kedua menerusi kategori pasangan wanita.

Sementara itu, peserta Tenom, Mohd Shah Ridzuan Manis, muncul pemenang pingat emas kategori perseorangan lelaki manakala satu lagi pingat emas dimenangi Papar menerusi barisan peserta mereka, Jashiela Fiona Jaluis, Nur Fazlina Azzemee, dan Dayangku Haslyn Suraya Ag Husin bagi kategori trio wanita.

Dalam perkembangan lain, Tawau menambah dua lagi pingat emas bagi acara memanah, hari ini.

Pemanah mereka, Muhammad Syafiq Bosthamin dan Zachary Chong, masing-masing memenangi emas bagi kategori recurve elmination individu lelaki 70m dan compound elimination individu lelaki 50m.

Sementara itu, pemanah tuan rumah, Siti Nur Khadujah Adam Malik, muncul pemenang pingat emas kategori recurve elmination individu wanita 70m manakala pemanah Kota Kinabalu, Emily Lo, memenangi pingat emas kategori compound elimination individu wanita 50m.

Lain-lain keputusan hari ini (pemenang pingat emas) :

Tenis
Berpasukan lelaki - Sandakan

Berbasikal
Berpasukan Cross Country Relay campuran - Kota Belud
Cross country olimpik lelaki - Joshua Mairon (Kota Marudu)
Cross country olimpik wanita - Ainie Markus (Keningau)

Petanque
Berpasukan lelaki - Papar
Berpasukan wanita - Ranau

Kredit foto: Volentine Jiloh (Jabatan Penerangan Sabah)