Tiga lagi rekod Sukan Sabah (SAGA) dalam acara olahraga lebur di Kompleks Sukan Sandakan, petang tadi.

Mirach Han dari Tawau memperbaharui rekod acara lempar cakera lelaki dengan lemparan sejauh 40.53m, mengatasi jarak 36.82m sebelum ini.

Sementara itu, acara larian 1500m turut menyaksikan rekod baharu dicatat, masing-masing bagi kategori lelaki dan wanita.

Pelari tuan rumah, Mohd Erwan Amir Hamja, mencatat masa 4:21.88s sekali gus memadamkan rekod lama 4:22.51s yang dicatat Muhd Eussofrey Hanis pada 2015 manakala pelari Pitas, Marlin Hing, meleburkan rekod 5:16.42s miliknya sendiri dengan catatan baharu 5:10.59s.

Dalam perkembangan lain, Pengarah Teknikal Acara Olahraga SAGA, Bonnie Rudolf, mengesahkan dua rekod baharu yang dicipta semalam hanya dicatat sebagai catatan terbaik.

Dua acara berkenaan membabitkan acara lontar peluru yang dimenangi Brynoth Alarick Larry (Kota Kinabalu) dengan lontaran sejauh 14.10m dan 110m lari berpagar yang dimenangani Mohd Shafiee Mukamad (Kota Belud) yang mencatatkan masa 14.92s.

"Walaupun lebih baik berbanding rekod lama seperti yang dilaporkan kerana kedua-dua acara itu mengguna pakai peraturan baru Persekutuan Persatuan Olahraga Antarabangsa (IAAF).

"Berat alat lontar peluru dan ketingggian pagar untuk 110m lari berpagar yang diimplementasikan berdasarkan peraturan terkini IAAF pada SAGA VIII berbeza berbanding yang diplementasikan pada SAGA sebelum ini," katanya.

Tambah beliau peraturan baharu IAAF itu adalah bagi kejohanan bawah 20 tahun seperti SAGA.

Lain-lain keputusan olahraga hari ini :

Lempar cakera
Emas : Mirach Han (Tawau)
Perak : Azrel Nizam Yucque Azral (Tuaran)
Gangsa : Brynoth Alarick Larry (Kota Kinabalu)

Lompat Kijang
Emas : Alvin Roland (Ranau)
Perak : Achilles Joe (Tuaran)
Gangsa : Muhammad Sunik (Kinabatangan)

400m lelaki
Emas : Zaidie Khanie Kanisius
Perak : Azhad Kathidin (Ranau)
Gangsa : Isaiah Ng (Kota Kinabalu)

400m wanita
Emas : Camellia Jasten (Beaufort)
Perak : Jamilah Saparuddin (Tawau)