SAGA : Qiao Ni bantu Tawau raih tiga emas acara pingpong

Oleh Penulis Jemputan 14 Disember 2017 69
SAGA : Qiao Ni bantu Tawau raih tiga emas acara pingpong
Loh Qiao Ni membantu pasukan pingpong Tawau membolot tiga daripada tujuh pingat emas yang dipertandingkan dalam Sukan Sabah (SAGA) 2017.

Selain memenangi emas bagi kategori individu wanita, Qiao Ni turut membantu kontinjen diwakilinya itu untuk memenangi dua lagi emas iaitu bagi beregu wanita dan beregu campuran.

Bagi kategori beregu wanita, Qiao Ni berpasangan dengan Tian Yeek Cheng manakala beregu campuran menyaksikan dia bergandingan dengan Timothy Yap.

Sementara itu, tuan rumah, Sandakan, dan Kota Kinabalu masing-masing memenangi dua pingat emas bagi acara itu.

Sandakan memenangi emas acara berpasukan wanita dan individu lelaki manakala Kota Kinabalu meraih emas bagi kategori berpasukan lelaki serta beregu lelaki.

Lain-lain keputusan (pemenang pingat emas) :

Ragbi
Sandakan 

Taekwando
Poomsae lelaki : Kota Belud
Poomsae wanita : Kota Marudu
Poomsae berpasukan lelaki : Sandakan
Poomsae berpasukan wanita : Kota Kinabalu
Poomsae campuran : Kota Belud

Petanque
Bertiga lelaki : Kota Belud
Bertiga wanita : Kota Kinabalu
Beregu campuran : Putatan

*kredit foto Volentine Jiloh (Jabatan Penerangan Sabah)

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen