Kontinjen Kota Kinabalu memulakan cabaran hari pertama acara karate dalam Sukan Sabah (SAGA) 2017 dengan baik apabila merangkul dua daripada daripada enam pingat emas yang dipertandingkan.

Nur Ayeen mengutip emas buat Kota Kinabalu menerusi kategori kata individu manakala Stanley Dulian turut mencapai kejayaan sama bagi kategori kumite (bawah 55kg).

Sementara itu, Allyrianna Appolony Appolong dari Tuaran dan Elvira Godfrey dari Tambunan masing-masing memenangi pingat emas acara kumite wanita atas 68kg dan bawah 45kg manakala Atrhuric Gideon dari Penampang memenangi emas kategori kumite lelaki atas 84kg.

Dalam satu lagi kategori, iaitu kata individu, emas dimenangi Josvin Jase dari Keningau.

Keputusan sukan lain (pemenang pingat emas) :-

Memanah
Recurve 90m Lelaki - Mike Kelvin Frederick (Kota Kinabalu)
Compound 90m Lelaki - Zachary Chong (Tawau)
Recurve 70m Wanita - Nur Wazira Izzati Junaidi (Tawau)
Compound 70m Wanita - Noryfasikin Bilau (Keningau)
Recurve 70m Lelaki - Muhammad Luqman HakimMuhammad Rizal (Papar)
Compound 70m Lelaki -Zachary Chong (Tawau)
Recurve 60m Wanita - Nur Wazira Izzati Junaidi (Tawau)
Compound 60m - Noryfasikin Bilau (Keningau)

Berbasikal
500m Pecut Wanita - Dayang Ina Shazlyana Suhaimi (Beaufort)
1km Pecut Lelaki - Waldron Chee (Papar)

Takraw (Regu Berdua)
Wanita Kudat
Lelaki Keningau