SAGA: Keningau kekal di takhta setakat hari keempat

Oleh Willie Jude 12 Disember 2017 402
SAGA: Keningau kekal di takhta setakat hari keempat
Hari keempat Sukan Sabah (SAGA) 2017 di Sandakan menyaksikan kontinjen Keningau terus berada di takhta kedudukan pingat dengan kutipan 14 emas.

Keningau yang mendahului sejak hari pertama kejohanan dwitahunan itu, turut mengumpul 14 perak dan lima gangsa.

Bagaimanapun, kedudukan mereka semakin dicabar kontinjen Kota Kinabalu yang kini berada di kedudukan kedua dengan 10 pingat emas. 

Tawau dan Papar pula masing-masing berada di kedudukan ketiga serta keempat selepas masing-masing mengutip sembilan dan lapan pingat emas.

Tuan rumah, Sandakan, pula berada di kedudukan kelima dengan tujuh emas manakala Beaufort di tangga keenam dengan empat emas.

Lain-lain kontinjen pula menyaksikan Kota Belud dan Tenom masing-masing memperoleh tiga pingat emas sementara Tuaran, Ranau, Tambunan, Putatan, dan Pitas masing-masing kini mengutip dua emas.

Tiga lagi kontinjen, iaitu Penampang, Kota Marudu, dan Kudat masing-masing memenangi satu pingat emas manakala selebihnya masih gagal memperoleh pingat emas setakat ini.

Hari kelima esok bakal mempertandingkan 26 lagi pingat emas bagi acara berbasikal (4), bola jaring (1), memanah (4), olahraga (2), petanque (2), ping pong (5), sepak takraw (2), dan taekwondo (5).

*Rangkuman kedudukan pingat di atas dibuat setakat 7.45 malam ini.

Tentang Penulis

Willie Jude

Komen