SAGA 2017: Skuad hoki Keningau langkah kanan

Oleh Willie Jude 7 Disember 2017 687
SAGA 2017: Skuad hoki Keningau langkah kanan
Pasukan hoki Keningau memulakan cabaran dalam Sukan Sabah (SAGA) dengan langkah kanan apabila skuad lelaki dan wanita mereka masing-masing mencatat kemenangan, hari ini.

Dua pasukan itu hadir ke Sandakan tahun ini sebagai juara bertahan selepas merangkul pingat emas dalam SAGA 2015 di Tawau.

Dalam saingan awal yang diadakan secara liga satu pusingan, skuad hoki wanita Keningau menang mudah 3-0 ke atas Telupid.

Dalam tiga lagi perlawanan membabitkan pasukan wanita, Tawau berjaya menewaskan tuan rumah, Sandakan, 3-1, Tuaran menang ke atas Beaufort 2-0 manakala Kota Kinabalu dan Kota Belud seri 2-2.

Sementara itu, skuad lelaki Keningau juga tidak menghadapi masalah untuk menewaskan Kota Kinabalu 4-2 walaupun corak permainan mereka sedikit terjejas berikutan cuaca panas.

Dalam pada itu, dua lagi perlawanan bagi kategori pasukan lelaki menyaksikan Papar menang besar ke atas Beaufort 4-0 manakala Lahad Datu terikat 2-2 dengan Kota Belud.

Tentang Penulis

Willie Jude

Komen