Ziyad Zolkefli berkata latihan program Road to Tokyo (RTT) yang dijalaninya mula menampakkan kesan selepas tiga bulan latihan terjejas akibat penularan wabak COVID-19.

Selepas dua minggu, jaguh lontar peluru paralimpik itu mengakui otot-ototnya yang kesakitan sebagai petanda fizikalnya sedang dalam pemulihan ke peringkat kompetitif.

"Memasuki minggu ketiga, kami sudah dapat menyesuaikan diri.

"Minggu ini kami diberikan latihan berat dan esok saya diberikan cuti selepas berlatih sepanjang lima hari ini.

"Saya rasa latihan berat pada minggu depan tiada masalah lagi," katanya.

Ziyad akan turun dalam Sukan Olimpik Tokyo 2021 sebagai juara bertahan namun inspirasinya mengintai kejayaan tetap tinggi.

"Semestinya selepas lima tahun, saya mahu mempertahankan pingat emas dan kekalkan status sebagai pemegang rekod dunia.

"Sukan sudah sebati dengan saya selepas 10 tahun (saya berkecimpung dalam karier ini)."

Sementara itu, , ketua jurulatih skuad olahraga paralimpik kebangsaan, R. Jeganathan, mendedahkan jaguh pecut, Ridzuan Puzi, ingin mencuba acara baru selepas pernah melakar hatrik emas menerusi acara 100, 200 meter dan lompat jauh dalam temasya di Brazil, empat tahun lalu.

"Semua atlet nampaknya dapat menyesuaikan diri dengan sesi latihan.

"Cuma Ridzuan Puzi sahaja yang muntah-muntah ketika rehat tadi kerana tidak biasa berlatih dalam 400m, dia mahu mencuba acara itu maka hari ini saya berinya peluang," katanya di kluster RTT Bukit Jalil, hari ini.