Road to Tokyo: KBS suntik RM22.5 sebagai persiapan akhir 

Oleh Shaiful Shamsudin 20 Februari 2020 32
Road to Tokyo: KBS suntik RM22.5 sebagai persiapan akhir 
RM22.5 juta menjadi suntikan terakhir di bawah Program Road to Tokyo 2020 bagi merealisasikan aspirasi pingat emas pertama Malaysia dalam Sukan Olimpik Tokyo 2020, Julai depan.

Setakat ini, 10 atlet daripada empat jenis sukan, iaitu terjun, memanah, gimnastik dan pelayaran sudah mengesahkan tiket ke temasya Tokyo 2020.

Dalam masa sama, badminton, berbasikal trek, karate, renang dan golf juga dikenal pasti sebagai sukan yang berpotensi besar untuk layak ke Tokyo.

Sukan seperti olaharaga juga akan diserap masuk ke dalam program itu jika ada atlet yang mengesahkan tempat ke Jepun.

Berdasarkan pecahan bajet itu, skuad berbasikal trek menerima suntikan paling banyak dengan Azizuhasni Awang disebut-sebut sebagai prospek emas kontinjen negara.

"Secara keseluruhannya, bermula Januari hingga Ogos depan, sebanyak RM22.5j dana akan diperuntukkan untuk Road to Tokyo.

"Dalam masa sama, dana ini diperhalusi bersama pihak persatuan.

"Menjelang temasya itu, mungkin ada keperluan tambahan untuk melonjakkan lagi prestasi atlet dan ia akan diperhalusi sebagai dana tambahan. 

"Usaha yang telah diletakkan atlet bukannya bermula tahun ini, ia telah bermula sejak puluhan tahun lalu," kata Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, kepada wartawan Nadi Arena, Shahrazad Sani, di pejabatnya di Putrajaya, hari ini.

Tambahnya, "Azizulhasni Awang misalnya yang diletakkan harapan untuk menggalas pemburuan pertama emas Sukan Olimpik -- dia ibarat seorang 'superman'.

"Dia giat berlatih dari pagi sampai ke malam dan dia begitu fokus. 

"Kita sebagai rakyat perlu beri sokongan penuh dan padu kepada mereka tanpa mengira apa yang akan terjadi.

"Sebab itu saya tidak mahu terlalu membebani atlet Malaysia."


 

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen