Rekod dunia: Wai Ching perlu bantuan ISN

Oleh Muzaffar Musa 31 Oktober 2020 137
Rekod dunia: Wai Ching perlu bantuan ISN
Pelari menara nombor dua dunia, Soh Wai Ching, berhasrat mencatatkan namanya dalam buku rekod dunia menerusi percubaan yang akan dilakukannya di Kuala Lumpur pada 18 November ini.

Atlet negara berusia 26 tahun itu akan mencuba memecahkan rekod 'pendakian tangga berketinggian menegak tertinggi dalam sejam' kategori lelaki di Hotel Four Season Place, Kuala Lumpur bersempena sambutan Hari Rekod Dunia pada tarikh berkenaan.

Bagaimanapun, Wai Ching mengakui memerlukan bantuan daripada Institut Sukan Negara (ISN) untuk mencapai prestasi terbaik pada hari berkenaan.

"Saya sebenarnya mempunyai penilaian yang perlu dilakukan di ISN dan saya memerlukan bantuan mereka dalam bentuk pinjaman alatan," katanya kepada Astro Arena.

"Daripada pihak saya, saya sedang mencari penaja untuk menaja percubaan rekod dunia saya dan apa yang saya mahukan adalah siaran langsung keseluruhan percubaan saya itu.

"Satu lagi kepayahannya adalah saya tidak dapat menjemput juri rekod dunia dari luar negara untuk menyaksikan keseluruhan percubaan itu," katanya.

Tentang Penulis

Muzaffar Musa

Komen