Rayzam terlepas saingan Terbuka Malaysia

Oleh Ammar Hakim 3 November 2020 81
Rayzam terlepas saingan Terbuka Malaysia
Jaguh 110 meter lari berpagar negara, Rayzam Shah Wan Sofian, dengan berat hati terpaksa akur melepaskan slot beraksi dalam Sukan Olimpik Tokyo 2021 susulan gagal beraksi dalam saingan Terbuka Malaysia Disember ini ekoran persiapannya terkandas sejak penularan wabak Covid-19 Mei lalu.

Rayzam mengambil keputusan drastik untuk tidak beraksi dalam Terbuka Malaysia.

Ia sepatutnya menjadi medan buat Rayzam meraih tiket menjadi atlet olahraga pertama negara untuk layak ke temasya berprestij Sukan Olimpik Tokyo.

Atlet berusia 32 tahun yang memilih untuk berpangkalan di Sabah demi melunaskan tanggungjawab terhadap keluarga itu menegaskan, rutin latihan hariannya paling terkesan lebih-lebih lagi perlu berlatih tanpa menggunakan pagar.

"Agak sukar kerana acara melibatkan kemahiran teknikal. Sudah lama saya tidak berlatih dengan intensif sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)," kata Rayzam.

"Menyertai saingan Terbuka Malaysia akan memberikan masalah buat saya dan saya mahu mengelak daripada sebarang kecederaan. Setakat ini, saya hanya boleh memastikan tahap kecergasan dan melihat kepada situasi tahun hadapan."

Bagaimanapun, misi Rayzam tetap sama, untuk mencatatkan 13.67 saat dalam kejohanan antarabangsa yang menawarkan slot ke Jepun tahun depan.

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen