Raneem sekat hajat Nicol

Oleh Shaiful Shamsudin 16 Disember 2017 225
 Raneem sekat hajat Nicol
Ratu skuasy negara, Nicol David, kecewa gagal meneruskan kemaraan ke separuh akhir Kejohanan Dunia selepas tewas empat set menentang pemain pilihan kedua kejohanan dari Mesir, Raneem El Weleily, di Manchester, hari ini. 

Bergelut menentang Annie Au dalam aksi pusingan kedua sebelum ini, Nicol dipaksa bekerja keras menentang seterunya itu dalam pertemuan suku akhir yang berlanjutan selama 42 minit. 

Tewas 11-8 dalam set pertama, Nicol bangkit menyamakan kedudukan dalam set kedua dengan keputusan yang sama.

Bagaimanapun, Nicol, 34, gagal meneruskan momentum dalam dua set berikutnya apabila tumpas 11-6, 11-6. 

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen