Kejayaan menjuarai kategori shield sudah cukup membanggakan buat PC Patriots, yang membuat penampilan pertama dalam Kejohanan Ragbi 10's B-15 Piala Datuk Sulaiman Daud di Stadium Mini, Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Nerus semalam.

Pengurus PC Patriots, Mohd Zuraiman Ripin, memuji kesungguhan pemainnya, yang terdiri daripada pelajar SMK Pengkalan Chepa, Kota Bharu, selepas memberikan aksi terbaik biarpun tewas kepada lawan yang lebih berpengalaman.

"Dalam aksi Kumpulan C, kami kalah kepada SEMASHUR (7-12), SAS (24-26) dan ASIS (5-27). Namun, saya cukup bangga dengan aksi yang ditampilkan PC Patriots.

"Akhirnya, kami bangkit bergelar juara kategori shield apabila mengalahkan skuad ASIS dari SM Sains Alam Syah, Kuala Lumpur 33-0," katanya sambil berpuas hati dengan kesungguhan ketua jurulatih, Muszalizi Mustafa.

Tag