SABAH 27 KEDAH 20

Pusingan separuh akhir Ragbi Piala Agong 2018 menyaksikan Sabah mengatasi cabaran Kedah 27-20 dalam aksi di padang Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) petang tadi, sekali gus mengesahkan slot ke final.


Sabah mendahului sepanjang pertemuan itu dengan Amirul Kamsul meletakkan pasukan itu 7-0 di depan menerusi try dan conversion pertama perlawanan.

Sofian Kamal kemudian melebarkan jurang mata kepada 12-0 menerusi satu lagi try sebelum Kedah meraih tiga mata pertama menerusi Fairuz Abdul Rahman.

Belum sempat Kedah mencatur kebangkitan, Sabah kembali melebarkan jurang kepada 17-3 menerusi try Badrul Muktee.

Kedah membalas dengan try dan conversion daripada Mohamad Nor Adol bagi mengubah kedudukan kepada 10-17 menuju waktu rehat.

Bersambung babak kedua, Fairuz menyempurnakan penalti Kedah pada minit ke-63.

Badrul kemudian meletakkan Sabah selesa di depan 25-13 sebelum Amirul melengkapkan kemenangan 27-20 memihak Sabah.