Presiden Ragbi Malaysia, Datuk Shahrul Zaman Yahya, mahu skuad rabgi negara muncul pasukan no.1 di Asia menjelang tahun 2021, sekaligus menjadi antara kuasa besar ragbi di benua ini.

Berdasarkan kedudukan terkini ranking Asia, Malaysia berada di tangga keenam.

Sasaran lima tahun Shahrul mungkin dianggap mustahil, namun dia mempunyai pelan yang rapi, dengan mendapatkan bantuan bekas pemain New Zealand, Edwin Cocker, untuk melatih pemain tempatan.

Antara usaha Shahrul adalah mewujudkan Liga Profesional Ragbi Kebangsaan menjelang 2018 bagi realisasikan misi menjadi pasukan nombor satu di benua Asia.

"Kita berada di platform yang sangat baik, cuma kami perlukan laksanakannya dengan lebih baik jika mahu muncul pasukan no.1 di Asia dalam tempoh lima tahun.

"Ada yang kata mustahil kerana Jepun, Korea dan Hong Kong berada di tahap lebih tinggi tetapi pada saya tiada yang mustahil," jelasnya.