Ragbi: Kefu yakin Malaysia mampu ke Piala Dunia

Oleh Staff Writer 26 Februari 2020 85
Ragbi: Kefu yakin Malaysia mampu ke Piala Dunia
Legenda ragbi dunia, Toutai Kefu, melaungkan keyakinannya terhadap skuad ragbi negara untuk layak ke Piala Dunia 2031.

Bagaimanapun, terdapat beberapa langkah yeng perlu diberikan keutamaan dalam tempoh 11 tahun ini.

Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) meletakkan sasaran untuk skuad Bunga Raya itu layak ke Piala Dunia 2031.

Proses itu, bagaimanapun, kelihatan sukar memandangkan hanya satu slot diperuntukkan untuk negara-negara Asia.

Bagi Kefu, skuad negara terlebih dahulu perlu melalui beberapa langkah pembangunan jika mahu merealisasikan impian mereka.

Ragbi Asia ketika ini sedang mengemukakan rayuan kepada Ragbi Dunia untuk menambah kuota pasukan Asia dalam kejohanan terbesar itu.

"Saya fikir perlawanan dengan pasukan yang lebih sukar merupakan langkah pertama.

"Saya fikir mereka perlu terus melakukan pelaburan buat pemain dan program mereka.

"Kejohanan tempatan juga perlu terus diadakan bagi meningkatkan kualiti pemain.

"Kejohanan tempatan di Hong Kong amat kompetitif.

"Selain itu, ramai pemain Korea (Selatan) bermain dalam kejohanan tempatan di Jepun.

"Saya fikir ia antara kejohanan terbaik di dunia," katanya.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen