Ragbi: Bonzer di Jerman rindukan keluarga

Oleh Muzaffar Musa 7 Mei 2020 255
Ragbi: Bonzer di Jerman rindukan keluarga
Menunaikan ibadah puasa berseorangan di Jerman menebalkan lagi perasaan rindu pemain ragbi 15's negara, Mohd Amin Jamaluddin, terhadap keluarganya.

Amin, yang turut dikenali dengan panggilan Bonzer, mula menyertai kelab TV 1834 Pforzheim Rugby tahun lalu, namun dia hanya dapat beraksi dalam dua perlawanan terakhir liga.

Hasratnya untuk menonjolkan diri tahun ini masih belum kesampaian memandangkan saingan ragbi di Jerman terpaksa dibatalkan berikutan pandemik Covid-19.

Dia kini hanya menghitung hari untuk pulang ke tanah air sambil mengakui perasaan rindu kepada keluarganya sudah tidak tertahan.

"Boleh tahan (mencabar) berpuasa di sini, tambahan lagi saya seorang diri," katanya dalam satu perbualan video bersama wartawan Nadi Arena, Muiz Aziz.

"Saya tidak menjangkakannya kerana saya fikir berpuasa di sini hanya sekejap tetapi apabila saya semak kembali, saya bersahur pada jam 3 pagi dan berbuka puasa pada jam 8.45 malam.

"Jadi, agak lama untuk berpuasa dalam satu hari.

"Rindu memang rindu (keluarga) tetapi saya sudah biasa berjauhan dengan keluarga.

"Setakat ini, memang sangat rindu.

"Jika saya rindu, saya akan menghubungi mereka.

"25 Mei ini, saya akan pulang ke Malaysia kerana saya berada di sini hanya menggunakan visa sosial selama 90 hari," katanya.

Tentang Penulis

Muzaffar Musa

Komen