Pasukan ragbi 7's lelaki negara mempertahankan gelaran juara Kejohanan Ragbi Asia Bawah-18 tahun selepas menewaskan China, hari ini.

Dalam aksi final di Kunming, China, skuad negara mencatat kemenangan 14-10 untuk mengesahkan kejuaraan.

Terdahulu, di peringkat liga sepusingan, Malaysia menewaskan Taiwan 22-7, Hong Kong 21-12, Korea Selatan 28-21, serta China 19-14, sekali gus mengekalkan rekod 100 peratus kemenangan seperti tahun lalu.

Malaysia merupakan juara bertahan kejohanan itu selepas muncul juara edisi lalu di Stadium EduCity di Nusajaya tanpa mencatatkan sebarang kekalahan, Disember lalu.

Baru seminggu lalu, skuad 7s senior kebangsaan merangkul Trofi Asia 7s di Padang Ragbi Gelora Bung Karno, Jakarta.

-- BERNAMA