"Teruja tapi takut."

Itu luahan jaguh boling lelaki negara, Rafiq Ismail, selepas mendengar khabar gembira akan
mula menjalani latihan seperti biasa bermula 5 Julai nanti.

Keterujaan kepada latihan yang tidak lagi terikat kepada tempoh singkat pasti menjadi
tumpuan tetapi ujian calitan atau 'swab test' yang bakal dilalui menimbulkan sedikit rasa
gerun.

Skuad bowling negara akan memulakan latihan sepenuh masa pada 5 Julai depan bersama-
sama dengan sukan lain dan bagi Rafiq, ia sesuatu yang amat dinantikan kerana dalam tempoh
dua minggu sebelum ini, masih belum mencukupi untuk meningkatkan kecergasan fizikalnya.

Ia semakin jelas apabila lontarannya masih lemah dan dalam masa sama, dia kini dalam proses
mengubah corak permainannya.

"Perasaan takut dan gembira, kedua-duanya ada sebab mereka umumkan kami perlu menjalani ujian calitan. Memang takut," katanya.

"Sekarang sudah nampak sedikit keras tetapi masih lembut untuk kami. Jadi, saya rasa masa yang ada akan digunakan untuk mendapatkan semula sentuhan."